Goldgenie merupakan perniagaan penyaduran emas yang mengkhusus dalam pengubahsuaian produk-produk elektronik seperti iPhones, iPads dan iPods Apple dan BlackBerry juga telefon-telefon bimbit lain. Goldgenie juga membekalkan telefon, hadiah dan perkhidmatan mewah menggunakan berlian, platinum, emas dan kristal Swarovski tulen.
Kami juga telah membangunkan peluang perniagaan yang mengubah kehidupan dan francais yang membolehkan individu bekerja sebagai ejen dan pengedar produk-produk kami.
Sesiapa boleh meminta Goldgenie mengubahsuai peranti peribadi mereka mengikut cita rasa masing-masing dan anda juga boleh membeli produk yang telah siap diubahsuai daripada kami. Perniagaan ini pada asalnya bermula sebagai Midas Touch dan pemilik perniagaan, Laban Roomes memulakan perniagaan ini dengan menawarkan perkhidmatan penyaduran emas pakar untuk Lexus, Bentley dan Rolls Royce. Sebenarnya Laban yang mereka dan membuat mesin penyaduran emas yang syarikat gunakan untuk proses penyaduran emasnya.
Goldgenie telah dipuji kerana mengubah kehidupan ramai orang dengan sistem penyaduran emasnya yang telah membawa kemasyhuran dan kejayaan kepada kami. Goldgenie mempakejkan mesin ini sebagai peluang perniagaan penyaduran emas yang sebenarnya merupakan francais penyaduran emas yang memberi peluang kepada orang ramai untuk bekerja dari rumah dan kit penyaduran emasnya termasuk latihan penyaduran emas, kit kristal Swarovski, bahan kimia penyaduran emas, larutan emas dan banyak faedah istimewa lain. Sebelum ini ia laris untuk lambang kereta berjenama premium, kini ia juga laris bagi semua jenis komoditi, dengan telefon bimbit emas seperti iPhones emas yang mewah, iPads emas yang kini mempunyai promosi istimewa dan sudah tentu bunga mawar bersadur emas yang merupakan item yang paling popular dalam kalangan pelanggan Goldgenie
Goldgenie mencapai tahap kemasyhuran yang memberangsangkan apabila mereka dijemput ke Anugerah Emmy di Hollywood bagi menyampaikan telefon Nokia 8800 bersadur emas kepada warga Denzel Washington, kemudian ke rancangan bersiri BBC TV, Dragons Den dan memperoleh pelaburan PERTAMA daripada pelakon watak Dragon pada waktu itu, James Caan.
Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.
Sila klik di sini untuk melawat laman web kami!